Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433

3 Disahkan Terbunuh Akibat Letupan Bom ketika Perlawanan Perancis-Jerman

Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis Noel Le Graet mengesahkan tiga penyokong meninggal dunia akibat letupan bom di stadium itu yang turut menjadi tumpuan lokasi beberapa pengeboman di sekitar kota itu.

Letupan boleh didengari semasa separuh masa kedua perlawanan sedang berlangsung di kawasan ibu kota dan Le Graet kemudian mengesahkan kepada Canal+ bahawa kejadian letupan yang berlaku yang meragut tiga mangsa tersebut berlaku di Pintu J yang menjadi sebahagian daripada gelanggang tersebut.

Berita tembakan dan pengeboman di Paris kemudian tersebar luas dengan ratusan penyokong enggan meninggalkan stadium dan kekal di atas padang sehingga wisel penamat.

Pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff mendedahkan selepas bunyi dentuman bom itu, suasana di bilik persalinan dalam keadaan tidak menentu, ketakutan dan mood yang ganjil. Pemain kelihatan terkejut dan segera membuat panggilan telefon kepada keluarga mereka.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah 2-0 menerusi jaringan Olivier Giroud dan Andre-Pierre Gignac.

Kejadian itu meningkatkan kebimbangan ramai pihak terutamanya apatah lagi Perancis bakal menjadi tuan rumah kepada Kejohanan EURO 2016 tahun depan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433