Quantcast
Channel: sukan – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433

Chelsea Mahu Beli Chicharito

$
0
0

Chicharito.

PEMAIN Bayer Leverkusen, Chicharito. – Foto REUTERS

LONDON: Chelsea merancang mendapatkan pemain penyerang pada tempoh perpindahan Januari ini bagi menyelesaikan masalah ketumpulan barisan depannya musim ini.

Dan mengikut sumber ESPN FC, bagi mengatasi masalah itu, kelab berkenaan amat berminat untuk mendapatkan khidmat dua pemain – Javier “Chicharito” Hernandez.

Selepas 12 perlawanan, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bergelut untuk menjaringkan gol dan setakat ini hanya mampu menjaringkan 16 gol.

Ketika ini The Blues menduduki tangga ke-16 saingan liga menerusi 11 mata. Penjaring terbanyak mereka musim lalu, Diego Costa hanya mampu menjaringkan dua gol setakat ini manakala Radamel Falcao pula hanya satu.

Seorang lagi peledak mereka, Loic Remy hanya sekadar dua gol, namun kedua-duanya pada saingan Piala Liga.

Chicharito yang berpindah dari Manchester United musim lalu, ketika ini beraksi cemerlang bersama kelab baharunya, Bayer Leverkusen.

Penyerang Mexico itu sehingga kini sudah menjaringkan 19 gol musim ini untuk kelab dan negaranya.

– AGENSI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433