SHAH ALAM: Malaysia rangkul gelaran juara dalam acara futsal pada perlawanan akhir temasya Sukan Perkhidmatan Awam ASEAN 2015 (ASCG 2015) di Pusat Sukan Triways hari ini selepas dengan mudah menewaskan Brunei 6-1.
Dalam perlawanan itu, penyerang utama, Mohd Faisal Saharudin berjaya menjaringkan dua gol seawal minit kedua dan minit ke-17 untuk membantu skuad negara mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Pada aksi babak kedua, Malaysia berjaya menguasai permainan dan menambah empat lagi gol manakala gol saguhati Brunei diperoleh pada minit-minit terakhir perlawanan.
Sementara itu, Mohd Faisal telah dianugerahkan dengan gelaran ‘Kasut Emas’ apabila muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 13 gol.
Menurut jurulatih skuad negara, Zainal Zolkefri berkata, sifat keazaman, semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi dalam kalangan pemain merupakan faktor kejayaan skuad negara.