Image may be NSFW.
Clik here to view.
Roma mengucapkan tahniah kepada bekas pemain mereka, Mohamed Salah selepas Liverpool mara ke final Liga Juara-Juara dan berharap The Reds akan terus cemerlang ketika berdepan Real Madrid.
Bintang Mesir yang berhijrah daripada Rom ke Anfield pada musim panas lalu, memainkan peranan penting ketika Liverpool menundukkan Roma dalam aksi separuh akhir pertama dengan meledak dua gol selain dua bantuan jaringan buat Roberto Firmino dan Sadio Mane.
Aksi salah pada separuh akhir kedua di Stadio Olimpico agak tidak menjadi namun Liverpool bernasib baik selepas berjaya ke final dengan kemenangan agregat 7-6 selepas tewas 2-4 di Rom.
Roma menunjukkan semangat kesukanan tinggi selepas tamat perlawanan dengan mengucapkan selamat kepada Salah.
“Memang sangat menyedihkan untuk melihat impian Roma ke final di Kiev tidak kesampaian.
“Tetapi awak akan ke sana dengan kelab baharu awak. Semoga berjaya di final Liga Juara-Juara, Mo Salah. #ForzaRoma #YNWA” kata Roma menerusi akaun Twitter rasmi mereka – AP