Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pertahanan Chelsea, David Luiz berharap Laurent Blanc akan dipilih sebagai pengganti Antonio Conte di Stamford Bridge, musim hadapan.
Conte dijangka meninggalkan kelab pada penghujung musim ini selepas kempen musim keduanya bersama kelab barat London itu tamat dengan mereka tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara.
The Blues kini sedang mempertimbangkan pengendali seperti Luis Enrique dan Maurizio Sarri sebagai pengganti tetapi bekas bos Paris Saint-Germain (PSG) sedang berusaha untuk menempatkan dirinya dalam persaingan itu.
Blanc sebelum ini pernah bekerjasama dengan Luiz semasa di Ligue 1 dan pemain Brazil itu dipercayai menjadi watak utama dalam meyakinkan pengendali Perancis itu untuk mengambil alih tugasan Conte.
Conte memiliki peluang terbaik untuk mendapatkan trofi kejuaraan musim ini dengan Chelsea akan bertemu Manchester United dalam aksi final Piala FA.
Bagaimanapun, kejayaan itu tidak mampu menyelematkan kariernya dan Roman Abramovic sudah bertemu dengan pengurusan tertinggi kelab bagi menggantikannya – Skysports