Quantcast
Channel: sukan – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433

Tok Gajah Tak Mampu ‘Menghempap’ The Red Giant Di Gelanggang Sendiri

$
0
0

separuh-akhir-tm-piala-malaysia-pahang-vs-selangor

PENYANDANG juara Pahang gagal mencari kelebihan apabila sekadar seri tanpa jari­ngan dengan juara 32 kali Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur semalam.

Walaupun berakhir tanpa jari­ngan, kedua-dua pasukan bersaing sengit umpama beraksi dalam perlawanan akhir apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun buntu dalam mencari gol hingga tamat perlawanan di hadapan lebih 30,000 penonton.

Gawang Pahang diuji seawal minit kedua apabila tendangan kencang Guilherme De Paula berjaya diselamatkan pertahanan Tok Gajah.

Pahang cuba menghasilkan gol pertama mereka menerusi Azammuddin Akil yang membuat tendangan kencang namun berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol Selangor, Norazlan Razali. Tuan rumah terus mencuba untuk menghasilkan gol pada minit ke-43 menerusi rembatan kencang namun tepat ke arah penjaga gol Selangor.

Pahang terus garang dengan melakukan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu Selangor namun pertahanan skuad The Red Giant berjaya mempertahankan kubu mereka dengan kemas.

Walaupun perlawanan separuh masa pertama dikuasai Pahang tetapi sekali sekala percubaan yag dibuat pemain Selangor turut mencemaskan pertahanan Tok Gajah.

Masuk babak kedua, skuad Tok Gajah terus menampilkan corak permain yang lebih bertenaga selepas rehat dan berjaya melakukan gerakan menarik untuk menembusi benteng pertahanan lawan.

Pahang yang banyak bertahan cuba membuat serangan namun kecekapan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid berjaya mematahkan percubaan pasukan bimbingan jurulatih Mehmed Durakovic.

Pada minit ke-64, Pahang berjaya mendapat peluang keemasan namun tandukan Matias Conti selepas menerima tendangan sudut oleh Mohd. Hafiz Kamal melepasi palang gol Selangor.

Tok Gajah terus mensia-siakan beberapa peluang untuk menghasilkan gol walaupun bola berada di dalam kotak penalti, menyebabkan mereka kini bakal menempuh halangan sukar apabila separuh akhir kedua berlangsung di Shah Alam Ahad ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433