Quantcast
Channel: sukan – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433

Kejayaan Chong Wei Tepis Tanggapan Negatif Pengkritik

$
0
0

badminton

 

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya membuktikan bahawa dia masih lagi pemain yang boleh dibanggakan setelah merangkul kejuaraan pada Terbuka China semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, kejayaan yang dibawa Chong Wei itu sekali gus menepis segala kritikan negatif segelintir pihak terhadap prestasinya selama ini.

“Kini semua pihak termasuk MOM (Majlis Olimpik Malaysia), Kementerian Belia dan Sukan, serta MSN (Majlis Sukan Negara) perlu lebih fokus membantu persiapan Chong Wei untuk berada dalam ranking empat terbaik dunia sebelum Sukan Olimpik Rio de Janeiro, tahun depan.

“Sangat penting untuk Chong Wei berada dalam senarai empat terbaik dunia supaya dapat diletakkan dalam kelompok pilihan yang baik bagi undian Olimpik nanti,”katanya.

Tambah Norza, kejayaan pemain badminton negara itu menundukkan musuh tradisi, Lin Dan serta juara dunia, Chen Long di negara mereka sendiri bukan sesuatu yang mudah.

“Bagi saya untuk mendapat pingat emas Olimpik bukan sesuatu yang mudah kerana selepas kekalahan Lin Dan serta Chen Long, China pasti akan memikirkan strategi baharu untuk meningkatkan prestasi pemain mereka,” katanya.

Prestasi Chong Wei sejak bebas daripada penggantungan lapan bulan akibat doping pada Mei lepas, agak merudum terutama selepas muncul naib juara di Kejuaraan Dunia, Ogos lalu.

Ini termasuk tewas di peringkat kelayakan Terbuka Korea Selatan dan tersingkir seawal pusingan kedua di Terbuka Jepun dan Korea yang semuanya bertaraf Siri Super sebelum menjuarai Terbuka Perancis bulan lepas diikuti Terbuka China semalam.

Ranking dunia Chong Wei ketika ini di tangga kesembilan dijangka meningkat minggu ini selepas menundukkan dua bintang China itu.

Chong Wei akan beraksi di Siri Super Terbuka Hong Kong bermula esok selain Grand Prix Emas Macau pada dari 24-29 Nov.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wisma OCM di sini hari ini.

 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433