Quantcast
Channel: sukan – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433

Khairy Mahu Chong Wei Kekalkan Prestasi, Beri Saingan Sengit Pada Lawan

$
0
0

khairy-jamaluddin
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mampu beri saingan lebih hebat sekiranya beliau mengekalkan prestasi terbaik ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.

Tambah Khairy, Chong Wei masih mempunyai keupayaan untuk memberi saingan setelah beliau berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan di
separuh akhir Siri Super Premier Terbuka China, semalam.

“Cabaran Chong Wei diharap tidak terhenti di situ sahaja, beliau akan bertemu Chen Long pula selepas ini. Bagaimanapun, Chong Wei membuktikan beliau
masih lagi mempunyai keupayaan menewaskan Lin Dan.

“Cuma saya berharap, beliau dapat kekalkan tahap permainan dan tingkatkan
lagi prestasi sebelum ke Sukan Olimpik yang akan menjadi cabaran utama baginya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, maskot dan tema temasya Sukan SEA ke-29 di sini.

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan rentetan lima kekalahan kepada Lin Dan, untuk melangkah ke perlawanan akhir Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou, dengan kemenangan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi selama 92 minit.

Chong Wei, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, akan berdepan juara dunia, Chen Long di final hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4433